11 Mac 2025, Pengkalan Chepa – BTOP Wellness telah menganjurkan program 3C Digital Marketing Mastery bertempat di Ibu Pejabat SMO, Pengkalan Chepa. Program ini melibatkan penyertaan orang staff Syarikat Muda Osman Sdn Bhd (SMO) dan 4 orang staff Q Printers Sdn Bhd dengan objektif untuk meningkatkan kemahiran pemasaran digital menggunakan pendekatan moden dan interaktif.
Melalui pendekatan “3C” yang merangkumi ChatGPT, CapCut dan Canva, peserta didedahkan kepada kaedah penghasilan kandungan pemasaran yang lebih efisien, kreatif dan relevan dengan keperluan pasaran masa kini. ChatGPT digunakan untuk membantu peserta menjana idea kandungan serta menulis ayat promosi dengan lebih cepat dan berkesan. CapCut pula memberi kemahiran menyunting video secara mudah dan menarik, manakala Canva digunakan untuk menghasilkan rekaan visual profesional.
Latihan bersifat praktikal dan hands-on ini dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dari BTOP Wellness yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran digital dan pembangunan komuniti, Coach Hazeeq Rudie. Peserta bukan sahaja diberi pendedahan teknikal, tetapi juga strategi yang boleh diaplikasikan terus dalam tugasan harian mereka.
Program ini merupakan antara inisiatif BTOP Wellness dalam menyokong organisasi seperti SMO dan Q Printers untuk bergerak seiring dengan arus pendigitalan, khususnya dalam aspek komunikasi, promosi dan penjenamaan.


Maklum balas daripada peserta sangat memberangsangkan. Ramai menyatakan keterujaan mereka terhadap penggunaan alatan digital yang diperkenalkan. Salah seorang peserta berkata,
“Saya tak sangka boleh hasilkan poster dan video promosi dengan begitu mudah. ChatGPT pula sangat membantu bila nak tulis ayat iklan atau kapsyen media sosial.”
BTOP Wellness berharap program seperti ini dapat diteruskan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk membina tenaga kerja yang celik digital dan berdaya saing.
