Skip to content

Latihan Microsoft Excel Asas ke Pertengahan Anjuran BTOP Tingkatkan Produktiviti Peserta

Mac 2025 – BTOP telah berjaya menganjurkan Latihan Microsoft Excel peringkat Asas ke Pertengahan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengendalian data dan analisis dalam kalangan peserta. Program latihan ini menyaksikan penyertaan aktif menerusi pendekatan pembelajaran interaktif, latihan praktikal, dan perkongsian pelbagai tip berguna bagi meningkatkan produktiviti di tempat kerja.

Antara kemahiran penting yang ditekankan sepanjang sesi latihan termasuk:

  • PivotTable – Untuk menganalisis dan menyusun data dengan lebih sistematik dan berkesan.
  • VLOOKUP – Memudahkan pencarian dan pemadanan data secara efisien.
  • Conditional Formatting – Meningkatkan kefahaman data melalui pemformatan bersyarat yang menarik.
  • Pembersihan dan Penyeragaman Data – Menjamin ketepatan dan konsistensi dalam pengurusan data.

Saya belajar daripada Coach Hazeeq untuk menambah ilmu berkenaan Excel, bermula dari asas (zero). Sebelum ini, saya hanya tahu apa yang saya pernah guna sahaja. Tapi sekarang, saya dah mula faham formula dan cara pengiraan yang betul. Coach Hazeeq pun banyak mengajar dengan cara yang mudah untuk difahami. Jadi, kelas hari ini memang best!- Sya, staff Klinik Gigi Dr Emma Saz.

BTOP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang menunjukkan komitmen tinggi dalam mempelajari kemahiran baharu ini. Turut dihargai ialah Klinik Gigi Dr Emma Saz atas kepercayaan yang diberikan kepada BTOP sebagai penyedia latihan pilihan bagi program ini.

Kejayaan program ini membuktikan bahawa penguasaan Microsoft Excel bukan sahaja meningkatkan kecekapan kerja, malah membuka lebih banyak peluang dalam kerjaya profesional. BTOP kekal komited untuk menyediakan lebih banyak program latihan berkualiti demi pembangunan berterusan tenaga kerja negara.

en_USEnglish