“Sejumlah 38 pasukan dari seluruh Malaysia telah bertarung dalam liga yang berlangsung pada 27 Mei 2023.”
Pasukan BTOP FC Blue dan BTOP FC White telah menyertai Kejohanan Karnival Amal Bola Sepak Lelaki (U12) Tabung Kebajikan Pesakit Hospital USM 2023. Kejohanan ini merupakan anjuran Unit Kerja Sosial Perubatan, Hospital USM sebagai usaha mengumpul dana Tabung Kebajiakn Pesakit, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM).
Sejumlah 38 pasukan dari seluruh Malaysia telah bertarung dalam liga yang berlangsung pada 27 Mei 2023 (Sabtu), di Padang Bola Sepak, Kompleks Sukan USM Kampus Kesihatan. Antara pasukan adalah BTOP FC Blue yang terdiri daripada 12 pemain bola sepak lelaki berumur 12 tahun dan ke bawah, serta kumpulan junior BTOP FC White yang terdiri daripada 12 pemain bola sepak berumur 10 tahun dan ke bawah.




Pasukan BTOP FC Blue (U12)
Pasukan BTOP FC Blue (U12) telah meraih 1 mata melalui satu perlawanan seri.
BTOP FC Blue 0 – 0 SESP – SKAL
BTOP FC Blue 0 – 1 AT FC 1
BTOP FC Blue 0 – 6 Kenari Kid Kuala Ketil A
BTOP FC Blue 0 – 3 Akademi Tunas Kota Bharu B
“…yang lebih penting ialah semangat setia kawan, kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pemain sebagai satu pasukan.”
Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital USM merangkap Pengerusi Tabung Kebajikan Pesakit, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman. Ucapan beliau berkata, “karnival hari ini bukan sahaja memberi peluang kepada semua bersama-sama melibatkan diri dalam pasukan yang diwakili, tetapi yang lebih penting ialah semangat setia kawan, kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pemain sebagai satu pasukan.”
Pasukan Kenari Kid Kuala Ketil (A) telah berjaya meraih tempat peprtama setelah menumpaskan BOSS FC melalui sepakan penalti dengan agregat 4 – 2.




Pasukan BTOP FC White (U10)
Pasukan BTOP FC White juga berjaya menamatkan liga dengan 1 mata dengan 1 perlawanan seri.
BTOP FC White 0 – 1 Peteh FA (A)
BTOP FC White 0 – 3 TM Grassroot
BTOP FC White 0 – 2 Primer Junior FC
BTOP FC White 0 – 0 Kehl at Gunong
“Beliau menekankan kepentingan penglibatan ibu bapa dalam memberi dorongan dan sokongan mental untuk memupuk bakat dan potensi anak-anak.”
Encik Haji Rudie bin Yaakub, selaku Pengarah Urusan dan jurulatih bagi pasukan BTOP FC, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah menghadiri perlawanan tersebut. Beliau menekankan kepentingan penglibatan ibu bapa dalam memberi dorongan dan sokongan mental untuk memupuk bakat dan potensi anak-anak.
“Syabas kepada semua pemain kita yang telah menunjukkan bakat dan potensi diri dalam perlawanan yang amat sengit. Walaupun kita tidak mencapai kemenangan dan terdapat banyak ruang untuk peningkatan, kita harus memperbaiki disiplin, usaha, dan saling menghormati dalam setiap sesi latihan. Saya berharap anak-anak BTOP kekal bersemangat untuk menghadiri sesi latihan selepas ini, kerana kita akan menyertai lebih banyak liga dan perlawanan dalam masa akan datang,” ujar beliau.